Sunday 28 August 2016

HUTANG?! camne nak SETTLE ???

Apabila bercerita tang hutang ni...
Semua orang akan pandang satu sama lain sambil kata "YA, saya BERHUTANG" ramai2 siap buat wajah tak feel apa pun.
Anehnya ramai yang memilih untuk KEKAL BERHUTANG tanpa usaha nak langsaikan.( ops yang ni memang REALITI beb, bukan nak main wayang)

 ( andai korang bebas hutang, cerah masa depan anak² korang nanti )


Okey ain cerita BAB HUTANG BANK lah ye. Hutang manusia sendiri bikin ya. Dah sedia nak baca huraian ain yang panjang ni?
Mukadimahnya, ain nak tanya KENAPA ANDA BERHUTANG? adakah kerana keperluan atau kepentingan diri?
Firman Allah SWT : 

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” 
(Al-Baqarah : 278 ) 

Allah siap bagi warning lagi PERANGI RIBA ! hmmm.... so, camne nak settle hutang dalam hidup kalau masih memilih untuk kekal di tapuk yang sama kan?

Apa pulak la ain citer bab RIBA pulak?!.. Riba ni memang dah 'sebati' dengan hutang kan? Mana ada sekarang bank apapun korang pinjam akan bayar ikut nilai sebenar... semuanya dengan tambahan 'Bunga'.

Hmmm... lagi seram..meremang bulu romaku.. bila ada kisah si mujahid perang yang gagal ke syurga nun disana asbab dia punya hutang TAK LANGSAI.

Aduhhh... pedih nyee citer2 ain ni kan? Ni belum citer bab REDHA ALLAH. Bayang lah Allah dah bagi JELAS TERANG NYATA lagi korang berhutang korang tak selamat.
Nak panaskan citer lagi ek. Sekarang ni banyak giler Korupsi kan? Senang citer RASUAH ler.... ha.. tu starting dengan keperluan mendadak untuk keperluan diri dan keluarga.

Sistem KAPITALIS kewangan sekarang makin dahsyat... okey ain andaikan... sekarang ni laki bini kerja, pastu rumah pun 'on demand'.. maka perumahan bertambah padahal warisan rumah bonda dah ditinggalkan.. rugi kan? Then, keperluan sampai tahap sayur yang kita boleh tanam tu pun nak kena beli kat kedai.
 
Semua orang mengharapkan keperluan rumah diorang hampir 99% dari kedai.. maka wujudlah permintaan yang sangaaat tinggi sampaikan pihak pertanian sanggup pakai racun/ baja yang bermacam jenis nak hasilkan sayuran yang jumlah nya kekal mengikut kehendak. Ha... tang ni da masuk bab kesihatan kan?

So, banyak la duit nak pakai.. banyak la teknologi nak di update, banyak la lagi.
Kat sini mesti lepas korang baca, ada 1 benda terngiang2 dalam kepala hotak korang?

Hutang ! Camne nak BEBAS?

BEBAS KEWANGAN ni setakat ni lah boleh buktikan korang kaya sebenar. Okey. Meh ain tambah perencah kasi ikhtiar buat korang yang nak BEBAS 100% !

1. Elakkan pakai kad kredit.
2. Pastikan kemahuan dapat dipelihara dan pentingkan keperluan hidup je.
3. Start la Bisnes yang.... 9/10 sumber rezeki adalah bisnes bak kata Nabi kita.
4. Start la menanam sayor. Menternak binatang.
5. Sebabkan duit kertas ni nilainya cuma nombor, apakata start simpan EMAS yer.  Sebab EMAS ni kalis gawat.
6. Buat planning kewangan. Selalu membuat simpanan dulu sebelum membelanjakan.
7. Selalu lah MEMBERI dengan sedeqah, hadiah dan wakaf. 1 kali korang bagi, 10 kali ganda ALLAH ganti dengan kebaikan.
8. Hidup kena selalu POSITIF dan elakkan fikiran jahat takpun bisikan sindiran dari luar supaya keliling korang boleh mendatangkan rezeki yang murah.
9. Selalu TAWAKKAL ye. Bab ni usaha pun perlu. Start dengan doa, pastu usaha pastu tawakkal dengan sepenuh 100% penyerahan diri pada Allah.
10. Target terus BEBAS HUTANG. Tulis beso2 di dinding biar kekal dalam ingatan. Amal jugak doa bebas hutang ye.

Ain harap penulisan yang mungkin buat korang BORING ni boleh jadi asbab kita sama2 jadi insan yang BEBAS HUTANG. 

Ain sekarang ni Alhamdulillah. Dah join bisnes ni semakin teratur hidup. Hutang pun beransur pergi berambos dari hidup ain. Hihi. 

(Kegemarannya)

(Biarlah senyuman anak kekal begini, usaha dan tindakan kita harini akan membentuk mereka )

Peluang ni terhad buat 40 orang terawal sampai lah 1 haribulan depan ni je. So, tinggal beberapa hari je lagi. Mana ada offer camni untuk bakal2 newbies kita ni kan? Modal pun ikut kemampuan kita. Namanya Bisnes Kalis Gawat ni. Klik lah ↓
http://www.i-sunnah.com/ain-elite/ 

Nak try tengok bagi faham?

Boleh WhatsApp ain ye.{ 012 2702062 }

Saturday 27 August 2016

NAK CEPAT HAMIL? JOM BACA ♡

Setiap pasangan yang sudah berkahwin secara fitrahnya ingin membina satu keluarga lengkap.


Pelengkap dalam keluarga adalah ANAK, ain terpanggil untuk sharing banyak2 mengenai perkara ini.

Apa IKHTIAR yang pasangan ini boleh buat ? Banyak.... tapi ain nak highlight kan 3 pengambilan makanan & minuman  terbaik sebagai satu usaha.


1. SUSU KAMBING



     Kesuburan wanita dan lelaki juga sangat membantu jika anda amalkan susu kambing. Dengan rutin harian meminum susu kambing, kesuburan wanita dan lelaki normal mampu menambahkan hormon, mengktifkan dan menguatkan sperma, merangsang rahim dan memanaskan organ pembiakan.

Meminum susu kambing ini telah pun menjadi amalan oleh remaja-remaja di tanah arab yang telah pun mendirikan rumahtangga. Susu kambing sebenarnya boleh membantu merangsang rahim, menguatkan organ pembiakan dan juga menguatkan tenaga-tenaga dalaman kita.

Alasan hubungan antara susu dan meningkatnya kesuburan belum dipahami. Tetapi para ilmuwan telah melakukan banyak penelitian, yang menunjukkan semuanya mengarah ke manfaat pengambilan tinggi kalsium pada kesehatan reproduksi.

Wanita yang ingin mudah hamil harus memenuhi sekitar 1.000 miligram kalsium per hari, sama dengan lebih kurang 8 Oz per gelas susu.

2. COKLAT.



Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan.

Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.

3. KURMA.


Di bawah ini ada manfaat-manfaat lain yang dapat Anda rasakan dari kurma muda:
i ) Hormon botosin memiliki peran penting untuk menaikan gerak peristaltik di dalam pembuluh darah dan uterus (rahim) pada wanita, sehingga dapat meningkatkan kesuburannya;

ii ) Beberapa ahli kesehatan Islam menyarankan untuk mengonsumsi kurma muda dan kering secara bersama-sama. Kurma muda bersifat kering dan dingin, sedangkan kurma kering bersifat lembap dan panas. Dua kurma dengan sifat berbeda tersebut dipercaya dapat menetralkan obat-obatan dan makanan yang masuk ke dalam tubuh;

iii )Memakan kurma muda dapat membantu istri saat berhubungan badan dengan suaminya. Karena, kandungan dalam kurma dapat menimbulkan rangsangan pada otot polos dalam rahim agar berkontraksi. Hal ini juga akan berlaku saat istri sedang melahirkan;

iv )Kurma muda juga dapat menjadi alternatif bagi ibu-ibu menyusui yang kesulitan mendapatkan daun katuk. Kandungan oksitosin dalam buah ini bisa memperbanyak produksi asi untuk sang buah hati.



Maka kami terpanggil untuk menawarkan sesesuatu yang TERBAIK buat anda.

Klik >>>> offer sebelum 1 haribulan
 →http://www.i-sunnah.com/ain-elite/

Nak cuba susu kambing i~Sunnah™
http://gg.gg/Nakcubalah

Mahu ain bantu ?
WhatsApp ain 0122702062

Keindahan Susu kambing di Planet Bumi



NABI ADAM A.S
Bermulanya human civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.


NABI IBRAHIM A.S
Merupakan penternak kambing yang agung.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

NABI ISA A.S
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.


NABI MUHAMMAD SAW
Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing seperti dalam kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith. Nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Malaikat Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (Minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).



Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.
Maklumat lanjut kenapa jenama i-Sunnah ni hanya menjadi golongan pilihan, eloklah akses alamat ni iaitu...?
KLIK >>> [http://www.i-sunnah.com/ain-elite/ ]
Terima kasih Dunia Sunnah...
Kami semua setia selamanya... :)

Friday 19 August 2016

Resepi Bubur Sumsum Power !!

♡Resepi Bubur Sumsum♡

Sementara mak ada kat umah ni, ain berguru dengan mak teknik memasak SuperPower ala2  Wak Doyok tanpa misai. Jowo la katakann..hihi

Seriously, ain bukan tere masak2 pencuci mulut ni, masa anak dara mana nak belajar tu sume yang tau Ngap!. Korang pun sama kan? Haha.. 

Inilah makanan Feberet Incik Mael tercayang katenyerrr.. dia yang request. Lama dah request tapi sebab ain isteri yang nak jaga kesihatan somi kira nak elak kincin maniss la, ni ain xbuat la( ceewah, alasan padahal sendiri mau ingat)

Okey. Meh ain ajar Skill MasterChep ain buat pengenalan blog baru ni ha. Ko hado..?

Bahan2 nye mudah sesangat!

1/2 paket tepung beras
Santan 1 bijik kelapa
Air masak
3 sudu garam
2 helai daun pandan( kasi wangi jer)

Gula merah/ melaka
Gula putih
1 Kayu manis 

Memula santan 1 bijik tu panaskan sampai mendidih tau tau... then kacau kasi laju mula2.. pastu baru slowly ye. Masukkan 3 sudu garam. Ikut kaedah ni karang tak jadi nanti ain lak terkono.

Sambil2 kacau tu, ambil 1/2 paket tepung beras tu then masukkan air setengah cawan. Larutkan ye. 

Bila santan dah mendidih, boleh la masukkan larutan tepung beras sedikit demi sedikit, memula tu kacau kasi laju sebab nak elakkan berketul ketul kan tak cun.. pastu boleh la sopan santun kena ado tauuuu! Letak daun pandan tau kasi wangi. Takde? Xpe ok jugak.

Kacau lawan arah jam ikut Sunnah ye. Sambil2 selawat sekali, hadiah pada Nabi kita. Bukannya membebel soksek soksek tau. Nanti ada perasa ayaq liur karang. Kacau sampai larutan tu tak cair sangat dan berkilat wajahnye.

Buat ayaq Gula yang itam manis tu kan. Mudah jugak. Just letak secawan air, gula melaka, 3 sudu besar gula putih. Nak kasi wangi dan sodap letak 1 kayu manis ye.  Tunggu sampai mendidih sebati, tutup dah..

Ha.... dah boleh makan Bubur Sumsum... kesedapan lah yang makan tu. Haha. 

Jom share resepi ni tak pun simpan tauuuu!
 [ inilah kejadiannye yer sayang... sodapp tu]




Salam Kasih Sayang.
(Pengenalan Part 1)
  ♡ Throwback masa raye ke2. ♡

Sebagai pengenalan, saya Ain jumiran, masih muda, ibu kepada 2 orang anak saya( Cik Rara & Cik Nuh )..hihi.. nama glemer la yek. Em ... hasben ain pun glemer jugak, nama dia Mael. 

Ain lahir kat Klang, Selangor. Duduk ikut hasben dan kelayakan 'manager home ' sepenuh masa. 

Orait. Dah takmo citer apa2 pasni takut korang tekan pangkah kang. Hahaha.

Sebagai ibu sepenuh masa yang punya impian dalam bidang bisnes. Ini lah jalan yang ain pilih. Hopefully dipermudahkan. Sape sejibik macam ain? Angkat tangannn!

Eh, ingat mudah ke duk umah layan 2 makhluk kecil hadiah dari Allah ni. Tak! Tapi oleh sebab mereka ni berpewatakan ahli Syurga, makanya ain sebagai ibu mendalami sifat kasih sayang sebenar.

Banyak sangat2 benda yang ain nak sharing as a fulltime housewife, not housekeeper hokey.. haha

To be continued lah.
Thanks for reading ya !

Wednesday 17 August 2016

Anak yang Soleh bermula dari didikan awal di rumah.

Anak kecil melangkah dengan penuh bersih hati mereka bahkan tiada tanggapan apa pada sekeliling. Hanyalah belajar dan belajar tanpa henti.

Jiwa mereka di bina bermula dari respon ibubapa dalam setiap situasi yang berada di hadapan mereka.

Andai kita gagal menahan marah maka mereka juga sedang belajar untuk menjadi pemarah.

Andai kita gagal menyahut panggilan mereka saat diperlukan maka mereka juga belajar untuk menjadi seorang yang suka bertangguh.

Elakkan mempersalahkan orang lain atas kelemahan anak kita kerana mereka sememangnya dididik dari rumah dan hampir 100% silibus subjek kehidupan adalah dari cara kita tangani di rumah.

Andai kita punya kelemahan yang kita takut anak kita wariskan, cubalah untuk berubah tanpa alasan. Anak kita adalah harta tak ternilai. Mereka lah yang bakal mendoakan saat kita terbujur kaku di dalam tanah.

Ayuh sama2 tingkatkan ilmu mendidik anak dan pandang jauh ke depan. Sebab bila merek sudah besar mereka akan mengulang semula watak kita dan menuding sejak dari zaman mereka masih kecil lagi.

Anak kedua saya, Cik Nuh pandang ibu penuh makna tu :p

Suamiku dan kedua2 harta tidak ternilai buatku.

Bersama anakku, Cik Rara yang sulong. Membawa sinar juga dalan kehidupan rumahku.

Maka, disini ain simpulkan, jom sama- sama berubah ke arah kehidupan lebih baik. Ibarat kita tak nak bagi anak makan jajan ( makanan ringan ) kita dari ibubapa kena mulakan elak jajan. Betul tak? Perumpamaan mudah :)